Selamat datang ke Eppsm

Sistem Pemilihan Pekerja Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (EPPSM). Urus penilaian dan anugerah pekerja cemerlang secara dalam talian.

Login
First Vector Graphic

Soalan Lazim EPPSM

Soalan lazim berkaitan sistem EPPSM. Hubungi kami jika anda perlukan bantuan.

Perlukan Bantuan?

Kami sedia membantu anda.

Jika anda menghadapi sebarang masalah teknikal atau mempunyai pertanyaan berkaitan Sistem Pemilihan Pekerja Cemerlang (EPPSM), sila semak soalan lazim di sebelah kanan terlebih dahulu. Sekiranya isu anda masih belum selesai, jangan teragak-agak untuk menghubungi pasukan sokongan kami.

smjknkdh@moh.gov.my

Terlupa Kata Laluan

Bagaimana set semula kata laluan? Masukkan e-mel yang telah didaftarkan dengan Unit Sumber, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Pautan reset kata laluan akan dihantar ke e-mel berdaftar anda dalam masa beberapa minit.

Klik butang di bawah untuk ke halaman lupa kata laluan, kemudian masukkan alamat e-mel berdaftar anda. Pastikan e-mel tersebut sama dengan yang didaftarkan dalam sistem.

Set Semula Kata Laluan
Browser yang disarankan

Pelayar (browser) yang disarankan untuk sistem penilaian: Gunakan versi terkini salah satu pelayar berikut untuk pengalaman terbaik dan keserasian penuh:

  • Google Chrome (disarankan)
  • Mozilla Firefox
  • Microsoft Edge
  • Safari (macOS / iOS)

Pastikan JavaScript dan cookies diaktifkan dalam pelayar anda agar sistem berfungsi dengan betul.

Resolusi paparan terbaik: Gunakan skrin 1920 × 1080 px (Full HD) atau lebih; resolusi minimum 1366 × 768 px. Pada tablet atau peranti mudah alih, gunakan orientasi landskap untuk paparan jadual dan borang yang lebih jelas.

Pengguna Baharu

Bagaimana mendaftar akaun baharu? Permohonan akaun baru hanya boleh dibuat melalui Unit Sumber, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah). Hubungi unit tersebut untuk pendaftaran pengguna sistem penilaian.

Pastikan anda menyediakan maklumat yang diperlukan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Unit Sumber sebelum memohon akaun.

Kosongkan Cache

Bagaimana mengosongkan cache untuk laman ini?
Jika laman web tidak memaparkan kandungan terkini atau berlaku ralat paparan, cuba kosongkan cache pelayar atau muat semula halaman tanpa cache.

Panduan ringkas: Tekan Ctrl + F5 (Windows) atau Cmd + Shift + R (macOS) untuk muat semula tanpa cache. Anda juga boleh mengosongkan data pelayar untuk laman ini melalui tetapan pelayar anda.